top of page

10

buah masjid 

Ini adalah gerak kerja MAPIM Malaysia untuk membina semula masjid di Palestin yang musnah akibat dibom tentera Israel.

Selain membina semula, ada juga masjid-masjid yang dinaik taraf.

Pemulihan dan pemeliharaan masjid ini termasuk dengan pembiayaan pembelajaran anak yatim syuhada sebanyak 500 peserta di Gaza City, Jabalia Camp, Beit Lahiya, Jabalia City, Beit Hanoun, Deir Balah dan Khan Younis.

masjid 1.png

Projek Rebuild Masjid For Ummah

World-Map-2.png

Masjid ini dibina semula oleh MAPIM Malaysia dengan kos menghampiri RM2 juta. Ia dibina di kawasan Beit Hanoun. Ia merupakan kolaborasi bersama antara  Masjid Al Falah USJ 9 dengan MAPIM Malaysia dan menjadi masjid berkembar dengan masjid Al-Falah.

 

Masjid ini dirasmikan oleh Presiden Palestin Ismail Haniyeh pada 27 Mei 2013. Masjid Umar Abdul Aziz merupakan masjid yang terbesar dan tercantik di bumi Gaza dan boleh memuatkan seramai 4,000 jemaah dalam satu-satu masa. Walaubagaimanapun pada tanggal 25 Ogos 2014, Masjid Umar Abdul Aziz kembali menyembah bumi akibat serangan tiga buah roket F16 rejim Zionis.

Masjid Umar Abdul Aziz

1  

masjid 2.png

Masjid Al-Qaqa

2

Masjid Al Qaqa ini menerima bantuan MAPIM Malaysia untuk membaiki sebahagian kecil  markas tahfiz  di bahagian bawah masjid. Ia diuruskan oleh pelajar  perubatan  Malaysia di Mesir.

Masjid Amar Bin Yaser

4

MAPIM menaik taraf Masjid Amar bin Yaser yang terletak di Gaza City. MAPIM menggantikan tingkap dan cermin serta menaikkan menara  baru yang musnah dalam pertempuran dengan tentera rejim.

Masjid Al-Hekma

3

Masjid Al-Hekma terletak di kawasan Khan Younis. Pembinaannya sudah mencapai 40 peratus siap sebelum terhenti selama enam tahun akibat kekurangan dana.

Pihak MAPIM Malaysia mengambil inisiatif dengan mengambil alih pembinaan masjid itu dengan kerjasama daripada Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Kos pembinaan masjid bernilai lebih RM223,000.00 dan bagi menyiapkan keseluruhan masjid ini, masa yang diambil hanya selama tiga bulan. Masjid ini siap sepenuhnya pada 22 Februari 2013 dan dirasmikan oleh Dr. Walid Al-Moudi selepas menunaikan solat Jumaat.

Masjid ini dibina MAPIM dengan hanya bermodalkan RM31,000.00. Ia dapat menampung seramai 50 jemaah dalam satu masa. Musolla ini yang terletak di sempadan di antara Gaza dan Baitulmuqaddis dibina bagi kegunaan individu yang ingin ke sempadan Baitulmuqaddis. Mereka boleh mengunjungi masjid ini, untuk bersolat dan berehat seketika.

Musolla As-Syahid Syeikh Solah Syahadah

5

masjid 3.png

6

Masjid At-Taqwa

Masjid ini terletak di kawasan Beit Hanoun, di sebelah utara Gaza. Projek ini melibatkan proses naik taraf tingkap masjid yang perlukan tambah baik.

Masjid Nour Ar Rozmey 

7

Masjid Bilal Bin Rabah

8

Peranan MAPIM sebagai perunding dapat merealisasikan impian seorang usahawan untuk menaja pembinaan sebuah masjid di Khan Younis. MAPIM  dipelawa usahawan terkenal, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din bagi membantu merealisasikan hasratnya untuk membina semula sebuah masjid yang runtuh dibedil tentera rejim pada 2009. 

Mengambil bersempena nama beliau, Masjid Nour Ar Rozmey mendapat tajaan sepenuhnya berjumlah RM1.5 juta. Jumlah itu adalah sebahagian daripada RM20 juta yang diperuntukkan bagi menjayakan pelan pembangunan selama lima tahun menerusi empat teras utama, iaitu penajaan anak syuhada dan yatim, pembangunan perumahan dan infrastruktur, pembinaan masjid serta pembangunan hospital.

Masjid Imad Aqil

9

Masjid Imad Aqil telah dibangunkan semula oleh MAPIM Malaysia dengan kerjasama komuniti Malaysian Malabari dan Inspirasi Muhibbah India Muslim Malaysia (IMIM).  Kos keseluruhan pembinaannya adalah sebanyak RM850,000.00 dengan keluasan 4,500 kaki persegi.

 

Ia mampu memuatkan seramai 1,200 jemaah. Masjid Imam Aqil dibina pada April 2002 oleh kerajaan Palestin. Ia masjid yang paling aktif dalam melahirkan pejuang-pejuang untuk menentang Zionis Israel. Murabbi yang terkenal dalam mendidik murabitun ini antaranya adalah As-syahid Prof. Dr. Nizar Rayyan. Nama masjid ini diambil sempena nama pejuang muda Palestin yang syahid ketika menentang  penaklukan Zionis Israel di Gaza. Beliau syahid pada 23 November 1993, ketika usianya baru mencecah 25 tahun.

Masjid Bilal Bin Rabah dibina pada tahun 1979. Ia terletak di kawasan Mughraqah. Masjid ini musnah dibom oleh rejim Zionis semasa peperangan Hijaratul Sitjil pada 10 Januari 2009. 


Masjid ini dibangunkan semula hasil dana daripada NGO  Salimah (Persatuan Persaudaraan Muslimah) di bawah kelolaan MAPIM Malaysia. Proses baik pulih masjid ini dibuat dengan kerjasama kontraktor daripada Beith Hanoun yang mengambil masa selama tiga bulan bagi menyiapkannya. Keluasan  asal masjid ialah 2000 kaki persegi, dan apabila dibina semula ia bertambah menjadi 4000 kaki persegi untuk memuatkan lebih ramai jemaah.

masjid 4.png

Masjid Nour Ar Rozmey

10

Peranan MAPIM sebagai perunding dapat merealisasikan impian seorang usahawan untuk menaja pembinaan sebuah masjid di Khan Younis. MAPIM dipelawa usahawan terkenal, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din bagi membantu merealisasikan hasratnya untuk membina semula sebuah masjid yang runtuh dibedil tentera rejim pada 2009.

Mengambil bersempena nama beliau, Masjid Nour Ar Rozmey mendapat tajaan sepenuhnya berjumlah RM1.5 juta. Jumlah itu adalah sebahagian daripada RM20 juta yang diperuntukkan bagi menjayakan pelan pembangunan selama lima tahun.

2 KAEDAH MENDERMA

untuk Tabung Kemanusiaan MAPIM Malaysia

Rebuild Gaza Project

bottom of page