Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis“) ini menerangkan bagaimana Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM MALAYSIA) dan entiti-entiti yang dikawal bersama (“MAPIM MALAYSIA“) menggunakan Data Peribadi anda.
 

Pengumpulan Data Peribadi.

“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti , termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan, butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri pekerjaan, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada MAPIM Malaysia dalam borang pendaftaran, borang permohonan atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh MAPIM Malaysia dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.

Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan MAPIM Malaysia Data Peribadi anda, MAPIM Malaysia tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang disenaraikan di bawah.

Jika anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan MAPIM Malaysia tidak dapat menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.
 

Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak Bawah Umur dan Individu-individu Lain

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur (individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda untuk memberikan Data Peribadi kepada MAPIM Malaysia. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada MAPIM Malaysia, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.
 

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan data peribadi berkaitan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan anda) dan dalam keadaan tersebut, anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada MAPIM Malaysia dan anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan data peribadi mereka dan digunakan dengan cara yang seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
 

Pengakuan dan Persetujuan

Dengan berkomunikasi dengan MAPIM Malaysia, menggunakan perkhidmatan MAPIM Malaysia, pembelian produk daripada MAPIM Malaysia atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan MAPIM Malaysia, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh MAPIM Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
 

MAPIM Malaysia mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan MAPIM Malaysia, dengan terus menggunakan perkhidmatan MAPIM Malaysia, membuat pembelian produk daripada MAPIM Malaysia atau dengan perhubungan dan penggajian berterusan anda dengan MAPIM Malaysia berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.
 

Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.